KENYATAAN MEDIA – PENAFIAN kOPSYA BERKAITAN KOPSA CAPITAL SDN BHD

KENYATAAN MEDIA - PENAFIAN kOPSYA BERKAITAN KOPSA CAPITAL SDN BHD

Petaling Jaya, 08 Disember 2022 – Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) yang didaftarkan di bawah No. Pendaftaran Koperasi W-6-0717 Akta Koperasi 1993 dengan ini ingin memaklumkan bahawa KOPSYA Capital Sdn Bhd (ditukar nama kepada KOPSA Capital Sdn Bhd) No. Pendaftaran 20170101931 (1232096-K) adalah bukan anak syarikat KOPSYA. Makluman ini dikeluarkan berikutan terdapat penyalahgunaan logo dan alamat KOPSYA yang secara tidak langsung mengaitkan KOPSYA dengan syarikat tersebut. Satu laporan polis telah dibuat berkaitan penyalahgunaan alamat dan logo KOPSYA.

Untuk makluman, Ybhg. Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa adalah mantan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) yang telah meletak jawatan berkuatkuasa 31 Disember 2019. Oleh demikian, sebarang urusan bersama mantan KPE tidak lagi boleh dikaitkan dengan KOPSYA.

Tuan Haji Alimen bin Ahmad
Setiausaha
Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA)

Bertarikh : 08 Disember 2022