Lokasi Pekerjaan
Kelana Jaya
Jenis Pekerjaan
Sepenuh Masa
Sepenuh Masa
Peringkat Jawatan
Eksekutif
KEMASUKAN SEGERA
Kelayakan Permohonan
- Mempunyai kelayakan profesional dalam bidang Perakaunan seperti ACCA, CIMA, CPA atau setaraf.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau setaraf.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang baik.
- Pengalaman bekerja di koperasi merupakan satu kelebihan.
Tugas dan Tanggungjawab
- Membantu Ketua Jabatan dalam penyediaan imbangan bulanan akaun.
- Membantu Ketua Jabatan dalam penyediaan bajet serta unjuran kewangan.
- Melaksanakan proses penutupan akaun hujung bulan dan hujung tahun.
- Menyemak dan mengimbangi Penyata Kunci Kira-kira, Penyata Untung/Rugi, Akaun Belum Terima, Akaun Belum Bayar dan lain-lain akaun berkaitan.
- Memastikan semua maklumat kewangan dirahsiakan serta disimpan dengan selamat termasuk membuat sandaran data secara berkala.
- Membantu Ketua Jabatan dalam mengemas kini serta mematuhi dasar, peraturan dan perundangan perakaunan semasa.
- Membantu Ketua Jabatan dalam penyediaan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan.
- Menjadi wakil penceramah bagi pihak KOPSYA dalam kursus yang dianjurkan oleh ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau koperasi lain.
- Menyediakan baucar bayaran dan cek untuk tandatangan pihak Pengurusan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) setelah menerima memo dan bil yang lengkap.
- Mengemukakan baucar bayaran dan cek kepada ALK untuk tujuan tandatangan.
- Memasukkan semua maklumat pembayaran ke dalam sistem CIMB Clicks untuk pengesahan pihak Pengurusan setelah menerima dokumen baucar bayaran yang lengkap.
- Berurusan dan membuat susulan dengan pihak bank berkaitan transaksi dan penyata bank.
- Berhubung dengan pembekal berkaitan pembayaran dan perkara berkaitan.
- Berurusan secara langsung dengan pihak Kastam berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
- Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh SKM, MKM dan pihak lain berkaitan perakaunan.
- Terlibat dalam ujian sistem perakaunan yang dijalankan oleh SKM apabila dipilih.
- Menyediakan dan mengimbangi akaun subsidiari untuk pihak Pengurusan.
- Menghadiri serta berurusan dengan juruaudit berkaitan akaun dan percukaian.
- Menyediakan pengiraan dan penggulungan semula IPRS untuk tandatangan Pengurusan serta mengemukakannya kepada institusi kewangan.
- Menyediakan penyelarasan penyata bank.
- Memasukkan data perakaunan ke dalam pangkalan data SKM.
- Mengurus dan menyelenggara pemfailan dokumen kewangan.
- Menyediakan laporan mengikut keperluan (ad hoc).
- Mengemukakan e-mel kepada ALK berkaitan bayaran elaun ALK.
- Menyediakan imbangan bulanan akaun simpanan kakitangan.
- Memberi bantuan kepada rakan sekerja berkaitan pembiayaan, KOKITA dan Takaful sekiranya diperlukan.
- Melaksanakan lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Faedah & Keistimewaan
- Bonus prestasi dan kenaikan gaji berdasarkan pencapaian kerja.
- Pelbagai elaun disediakan (termasuk elaun perjalanan, pengangkutan, makan dan lain-lain).
- Perlindungan perubatan / insurans kesihatan.
- Cuti bersalin dan cuti paterniti mengikut kelayakan.
- Peluang pembangunan profesional dan latihan berterusan.
- Aktiviti pasukan secara berkala.
- Lokasi pejabat strategik dan mudah diakses dengan pengangkutan awam (LRT Taman Bahagia).
- Waktu kerja yang fleksibel.
