Eksekutif Ar-Rahnu


Lokasi Pekerjaan
Taman Saujana Utama 3, Sungai Buloh
Jenis Pekerjaan
Sepenuh Masa

Peringkat Jawatan
Eksekutif

Kelayakan Permohonan

  1. Kemasukan segera dan keutamaan kepada calon yang tidak terikat dengan notis berhenti kerja.
  2. Fresh graduates amat dialu-alukan.
  3. Warganegara Malaysia dan memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana/ Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan/ Syariah/ Pemasaran/ Perakaunan/Kewangan/ Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan.
  4. Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik.
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan.
  6. Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta mampu bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum.
  7. Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  8. Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.
Tugas dan Tanggungjawab 
  1. Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian membuat kajian dan menyemak dari semasa ke semasa sistem Ar-Rahnu.
  2. Membantu Ketua Bahagian menyediakan cadangan dan membuat kajian terhadap produk-produk.
  3. Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Anggota Lembaga atau lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  4. Menyelia dan mengemaskini harga emas secara harian bagi memastikan harga emas Ar-Rahnu yang digunapakai adalah sentiasa terkini serta mengikut harga pasaran.
  5. Memastikan setiap aktiviti dan transaksi Ar-Rahnu yang dilakukan adalah secara telus dan tanpa unsur-unsur penipuan.
  6. Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan diuruskan dengan teratur serta sistematik.
  7. Merancang dan mencadangkan promosi perniagaan Ar-Rahnu setempat dan mendapatkan kelulusan dari Ketua Bahagian terlebih dahulu.
  8. Memastikan hasil kerja sentiasa mematuhi SOP yang disediakan.
  9. Mentadbir rekod transaksi Ar-Rahnu secara sistematik dan teratur bagi tujuan pengauditan berkala yang akan dijalankan dan mentadbir rekod & data transaksi Ar-Rahnu dan melaporkan jumlah keuntungan bulanan.
  10. Melayan pertanyaan-pertanyaan anggota/pelanggan berhubung permohonan termasuk semua pertanyaan menerusi telefon.
  11. Memastikan kelancaran tugasan harian dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama.
Faedah & Keistimewaan 
  • Bonus prestasi
  • Elaun
  • Kenaikan gaji
  • Perlindungan perubatan
  • Aktiviti pasukan secara berkala
  • Cuti bersalin & cuti paterniti

 

Cara Memohon
Emelkan permohonan anda ke: