EKSEKUTIF AKAUN ( ACCA CIMA CPA )


Lokasi Pekerjaan
Kelana Jaya
Jenis Pekerjaan
Sepenuh Masa

Peringkat Jawatan
Eksekutif

KEMASUKAN SEGERA

 

Kelayakan Permohonan
  1. Mempunyai kelayakan profesional dalam bidang Perakaunan seperti ACCA, CIMA, CPA atau setaraf.
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau setaraf.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  4. Mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  6. Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang baik.
  7. Pengalaman bekerja di koperasi merupakan satu kelebihan.
Tugas dan Tanggungjawab 
  1. Membantu Ketua Jabatan dalam penyediaan imbangan bulanan akaun.
  2. Membantu Ketua Jabatan dalam penyediaan bajet serta unjuran kewangan.
  3. Melaksanakan proses penutupan akaun hujung bulan dan hujung tahun.
  4. Menyemak dan mengimbangi Penyata Kunci Kira-kira, Penyata Untung/Rugi, Akaun Belum Terima, Akaun Belum Bayar dan lain-lain akaun berkaitan.
  5. Memastikan semua maklumat kewangan dirahsiakan serta disimpan dengan selamat termasuk membuat sandaran data secara berkala.
  6. Membantu Ketua Jabatan dalam mengemas kini serta mematuhi dasar, peraturan dan perundangan perakaunan semasa.
  7. Membantu Ketua Jabatan dalam penyediaan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan.
  8. Menjadi wakil penceramah bagi pihak KOPSYA dalam kursus yang dianjurkan oleh ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau koperasi lain.
  9. Menyediakan baucar bayaran dan cek untuk tandatangan pihak Pengurusan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) setelah menerima memo dan bil yang lengkap.
  10. Mengemukakan baucar bayaran dan cek kepada ALK untuk tujuan tandatangan.
  11. Memasukkan semua maklumat pembayaran ke dalam sistem CIMB Clicks untuk pengesahan pihak Pengurusan setelah menerima dokumen baucar bayaran yang lengkap.
  12. Berurusan dan membuat susulan dengan pihak bank berkaitan transaksi dan penyata bank.
  13. Berhubung dengan pembekal berkaitan pembayaran dan perkara berkaitan.
  14. Berurusan secara langsung dengan pihak Kastam berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
  15. Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh SKM, MKM dan pihak lain berkaitan perakaunan.
  16. Terlibat dalam ujian sistem perakaunan yang dijalankan oleh SKM apabila dipilih.
  17. Menyediakan dan mengimbangi akaun subsidiari untuk pihak Pengurusan.
  18. Menghadiri serta berurusan dengan juruaudit berkaitan akaun dan percukaian.
  19. Menyediakan pengiraan dan penggulungan semula IPRS untuk tandatangan Pengurusan serta mengemukakannya kepada institusi kewangan.
  20. Menyediakan penyelarasan penyata bank.
  21. Memasukkan data perakaunan ke dalam pangkalan data SKM.
  22. Mengurus dan menyelenggara pemfailan dokumen kewangan.
  23. Menyediakan laporan mengikut keperluan (ad hoc).
  24. Mengemukakan e-mel kepada ALK berkaitan bayaran elaun ALK.
  25. Menyediakan imbangan bulanan akaun simpanan kakitangan.
  26. Memberi bantuan kepada rakan sekerja berkaitan pembiayaan, KOKITA dan Takaful sekiranya diperlukan.
  27. Melaksanakan lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Faedah & Keistimewaan 
  • Bonus prestasi dan kenaikan gaji berdasarkan pencapaian kerja.
  • Pelbagai elaun disediakan (termasuk elaun perjalanan, pengangkutan, makan dan lain-lain).
  • Perlindungan perubatan / insurans kesihatan.
  • Cuti bersalin dan cuti paterniti mengikut kelayakan.
  • Peluang pembangunan profesional dan latihan berterusan.
  • Aktiviti pasukan secara berkala.
  • Lokasi pejabat strategik dan mudah diakses dengan pengangkutan awam (LRT Taman Bahagia).
  • Waktu kerja yang fleksibel.

 

Cara Memohon
Emelkan permohonan anda ke: