Kerjaya

KOPSYA adalah koperasi menengah, yang merupakan sebahagian daripada ANGKASA. ANGKASA adalah koperasi apex yang mewakili gerakan koperasi di Malaysia. KOPSYA terbabit terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan Perbankan Islam dan aktiviti-aktiviti lain untuk koperasi. Sebagai sebahagian daripada rancangan korporat dan pertumbuhannya, kami sedang mencari calon yang sesuai untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami.

Jawatansort descending Huraian Tugasan Kelayakan Tarikh Tamat
Eksekutif Akaun / Eksekutif Kanan Akaun

Syarat dan Huraian Tugasan:
• Berpengalaman selama 3 tahun dalam bidang berkaitan.
• Bertanggungjawab menguruskan pelaburan koperasi.
• Pengalaman bekerja di bank (bahagian akaun) diutamakan.
• Boleh mengendalikan set lengkap akaun.

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Sarjana Muda yang setaraf.

25/09/2016
Eksekutif Operasi

Syarat dan Huraian Tugasan:
• Berpengalaman selama 3 tahun dalam bidang berkaitan.
• Bertanggungjawab menguruskan produk simpanan dan pelaburan koperasi.
• Pengalaman bekerja di cawangan bank (operations) diutamakan.
• Menyediakan prosedur akaun simpanan dan pelaburan.
• Berpengetahuan dalam Teknologi Maklumat sistem perbankan.

Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam / Sarjana Muda yang setaraf

25/09/2016
Eksekutif Syariah

Syarat dan Huraian Tugasan:
• Berpengalaman selama 3 tahun dalam bidang berkaitan
• Sebagai penasihat produk-produk syariah
• Menyemak dan menyediakan garis panduan dan polisi yang berkaitan syariah

Ijazah Sarjana Muda Syariah / Sarjana Muda yang setaraf

25/09/2016
Penganalisis Kredit (Korporat)

Syarat dan Huraian Tugasan:
• Berpengalaman selama 3 tahun dalam bidang berkaitan.
• Mahir menganalisa kertas cadangan dan akaun koperasi.
• Boleh membuat kertas kerja (Pembiayaan Korporat).
• Mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam / Sarjana Muda yang setaraf

25/09/2016
Setiausaha

Syarat dan Huraian Tugasan:
• Berpengalaman selama atau sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.
• Melaksanakan dan menguruskan segala tugas-tugas setiausaha dan pentadbiran.
• Menyusun atur jadual temujanji, jadual mesyuarat dan semua urusan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Koperasi
• Mengambil dan membuat minit mesyuarat.
• Memberi layanan kepada tetamu dan pelawat Ketua Pegawai Eksekutif.
• Berhubung dengan pelanggan, Ahli Lembaga Koperasi, Ahli Jawatankuasa Koperasi dan kakitangan.
• Melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh Ahli Lembaga Koperasi, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan.
• Berkebolehan mengambil trengkas dalam Bahasa Malaysia dan mahir bertutur, menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah satu kelebihan.
• Perwatakan menarik dan bersikap professional.

Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam Sains Kesetiausahaan

31/01/2017

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di:

User login

Pautan Rangkaian Sosial

Dapatkan maklumat kami di pautan rangkaian sosial untuk mengetahui aktiviti terkini.