Artikel

Selamat Datang....

KOPSYA mengalu-alukan anda melawati laman sesawang kami bagi mendapatkan info terkini dan juga mengenali KOPSYA.

Untuk memahami penubuhan KOPSYA ANGKASA, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum tahun 2009, ANGKASA telah terlebih dahulu terlibat dalam menawarkan kemahiran pendidikan dan pembelajaran melalui penyediaan kursus-kursus pendek, seminar, konvensyen dan penyiaran, khas untuk ahli-ahli dan kakitangan koperasi serta Lembaga Pengarah mereka.

Selepas tahun 2009, satu konvensyen mengenai hala tuju strategik ANGKASA telah diadakan rentetan daripada Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA pada 26 Disember 2009, di mana Pengerusi ANGKASA, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum membentangkan hala tuju strategik bagi ANGKASA dan mengumumkan hasrat untuk mewujudkan sebuah bank koperasi untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, atau Bank Koperasi Islam -‘Islamic Cooperative Bank’ (ISCOBA/ICB). Walaubagaimanapun, sebagai momentum dalam usaha untuk menubuhkan Bank Koperasi Islam, terdapat isu-isu, sekatan dan perjanjian-perjanjian yang ditetapkan oleh sekuriti, kewangan dan pihak berkuasa dalam pembentukan ICB ini di samping isu “boundary management” dan beberapa perkara dalam rangka kerja kawal selia koperasi yang tidak menyokong pembentukan Bank Koperasi Islam ini.

Oleh itu ianya memberikan cabaran besar kepada Jawatankuasa Pengemudi ANGKASA. Bagi mengatasi kebuntuan ini, KOPSYA ANGKASA telah ditubuhkan dengan menggunakan platfom koperasi yang diberi mandat untuk menyediakan perniagaan perbankan Islam seperti tujuan asalnya. Walaupun pelan induk ICB yang asal telah dipertikaikan, nilai dan hasratnya masih kekal relevan. Oleh yang demikian, KOPSYA ANGKASA disokong dan disahkan secara rasmi oleh Menteri Koperasi, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2011, dan pembentukan KOPSYA ANGKASA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di:

User login

Pautan Rangkaian Sosial

Dapatkan maklumat kami di pautan rangkaian sosial untuk mengetahui aktiviti terkini.